Pages

SyuRGa CinTa

Syurga Cinta


Hari ni adalah hari yg indah kerana setelah sekian lama aku tidah menonton wayang... Akhirnya sahabatku mengajak aku menonton cerita yg aku tunggu untuk menontonnya... Syurga Cinta... Lakonan Awal Ashaari, Hadziq, dan Heliza AF5 memang betul-betul menarik untuk ditonton... banyak masej yg disampaikan dalam tu...n filem tu mmg menjage habis imej wanita yg bertudung... Antara masej yg betul-betul teringat sehingga kini adalah
  1. Keikhlasan dalam bercita...
  2. Jangan mempermainkan perasaan orang yang sayang n cintakan kita...
  3. Hargailah org yg mencintai kita sepenuhnya...]
  4. Jodoh terbahagi kepada 3, iaitu :
  • Jodoh Daripada Syaitan - pasangan yang mencintai antara satu sama lain tetapi dengan jalan yg salah seperti melakukan maksiat antara mereka sehingga ppuan itu mengandung, dan berkahwin atas sbb menutup malu dan mereka bernikah...

  • Jodoh Daripada Jin - seseorang mencintai seorang yang lain tetapi cintanya tidak dibalas, maka die menggunakan jin iaitu sihir untuk membuat orang yang dicintainya itu trimanya dan mereka bernikah...

  • Jodoh Daripada Allah - pasangan mencintai antara satu sama lain dan menjaga hubungan mereka sebelum bernikah dengan menjaga hubungan dengan baik dan dijalan yang diredhai oleh Allah dan mereka bernikah...

Daripada semua itu kita dapat tahu dan jelas bahawa jodoh adalah tetap Allah yg menentukan... Itu kita tidak boleh ubah cuma jalan mana yang kita pilih samada jalan syaitan, jalan jin, ataupun jalan Allah... Masej dalam filem ini sangat-sangat jelas... Aku boleh memberi 4 bintang daripada 5 bintang... Lakonan yang sangat berkesan walaupun heliza kekok-kekok sket, tapi die melakukannya dengan baik skali... Jadi pada sesiapa yang ingin menonton filem itu, amatlah digalakkan menonton filem tersebut... Selamat Menonton...

Majlis Doa Selamat Sempena Hari Ulang Tahun Ayahdaku Yang Tercinta

Pada 17 Mei telah berlansungnya majlis doa selamat sempena hari lahir abah yang ke-49... Walaupun tarikh sebenar hari lahir beliau adalah pada 18 Mei tetapi kami menyambutnya lbih awal... Jemputan yang hadir cume saudara terdekat sebelah abah iaitu :

  1. Pak Long, Maklong n Family kecuali Kak Ngah (Dieorg kate ade kusus kawen... Hehehe...)
  2. Alang n Family
  3. Achik n Family
  4. Pak Ndak n Anak-Anak (Andak xde sbb ade kusus 'Facial'... Hehehe...)
  5. Pak Itam n Family
  6. Uchu n Family

Keluarga sebelah abah yang tak dapat hadir adalah Pak Ngah n Family kerana ats sbb yang tidak dapat di elakkan... Kami bukan sahaja menymbut ulang tahun hari lahir abah tetapi semua yang menyambut ulang tahun hari lahir pada bulan Mei... Selamat Ulang Hari Lahir diucapkan kepada Alang (P), Kak Long Liza, dan Syazali... Tahniah diucapkan kepada mereka... Disini saya sertakan gambar - gambar yang sempat diambil ketika majlis tersebut... :

Masing-masing menaminkan bacaan doa oleh uChu tercinta

Amin Yaallah
Juadah2 yang disediakan oleh bondaku (mokde)

Menjamu Selera dengan penuh nikmat sekali... hehehehe... Jangan jeles Kak Ngah Linda...
Achik seperti biasa mengendalikan meeting dengan hebat sekali...

Inilah Kek yang kami berikan kepada Abah... Selamat Hari Lahir Abang... We Love You So Much...
Inilah dia saudara2ku yang menyambuk hari lahir pada bulan Mei... Selamat Hari Lahir Pada Semua
Terima Kasih Kepada Semua Yang Menghadiri Majlis Doa Selamat Ini... Sufi dah edit dah post ni sbb sufi dah masukkan dalam blog Annur... Tu sebab gambar dah berkurang... Harap maklum... Syukran...
Sufee

Perkahwinan Abang Akrami G1 Dengan Pasangannya

Pada hari yang sama berlansungnya KBAZ ( Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis) pada 9 Mei 2009 telah berlansung perkahwinan senior Al-Amin Bangi G1 Akrami di rumahnya iaitu di Taman Universiti Indah, Serdang... Semoga Perkahwinan ini antara kedua mempelai berpanjangan hingga ke akhir hayat dan hingga ke anak cucu dan seterusnya... Amin...


Inilah Dia Pasangan Akrami... Memang Sepadan... Tahniah Bro...

Haa, Ini lah dia 2 pasangan bahagia... Tahniah...

Ini plak pengantin baru... Nak jugak bergambar... Tangkap jer la...


Lagi sekali dieorang ni... Ish3, biase la... Pasangan baru... Tahniah juga untuk baem dan husna...


Sempat lagi ambil gambar bunga telur... Tema Mereka Pink... hehehe...

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Pada 9 Mei 2009 telah berlansungnya sebuah konvensyen yang julung-julungnya diadakan di Malaysia dan konvensyen ini dianjurkan oleh Aman Palestin dan PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional)... Apa yang diterapkan dalam konvensyen ini adalah memberi kesedaran bahawa kita sebagai umat islam di Malaysia harus berfikir apa yang telah kita sumbangkan pada saudara kita di Palestin... Dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan bahawa suatu hari nanti islam tetap akan bangkit dan berakhirnya agenda zionis... Tetapi kita harus befikir apa yang telah kita sumbangkan untuk kejayaan dan kebangkitan islam...? Konvensyen ini membawa 3 orang panel yang begitu hebat dan tidak asing lagi iaitu Dr. Azzam Tamimi, Dr. Muhsen Salleh, dan Dr. Roslan Mohd Nor... Ape yang dibentangkan pada konvensyen yang berlansung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang merupakan perkara yang begitu penting iaitu sejarah Zionis (Yahudi laknatullah) dan usaha kita dalam membantu saudara kita di Palestin daripada di jajah oleh zionis... TAKBIR..... ALLAHUAKBAR.....

Perkahwinan Sepupuku Kak Yang Ati Dengan Pasangannya Abg Arif

Pada hari sabtu lepas bersamaan dengan 2 mei 2009 telah berlansungnya perkahwinan sepupuku Kak Yang Ati dengan pasangannya Abg Arif... Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...
Pengantin Bergambar dengan bapak sedare dan mak sedara sebelah pengantin perempuan

Inilah dia Kak Yang Ati... Cantikkan... Tp gambar blur sket sbb orang lain tangkap...

Jangan Main2, gambar ni ditangkap same2 dengan kameramen berbayar tau... Selamber jer...

Amboi, jangan berebut... Ayam tu sekor, sume dapat... Jangan la risau...hehehe...

Manis Gambar ni... Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai...



SuFeE